Ini adalah untuk kita seorang
macam aku selalu bilang,
hidup biar dalam ramai
tapi percaya cuma satu
cinta cuma satu
kasih cuma satu
berbeza ketika duduk pandang langit seorang
dari berdua---
beza
dari dahulu memilih tidak kenal--
kenapa sekarang berubah akal?
aku dah cakap.
biar macam dulu--
tiada kawan seribu,
hati tenang tiada yang ganggu
tidak tahu dibenci
tidak tahu disakiti
tidak tahu tidak tahu
tutup telinga tutup mata tutup mulut
tutup bicara
biar orang semuanya bisu
aku dah cakap--
biar sendiri mendakap!
biar sendiri mendakap!
biar aku duduk mendongak langit,
seorang--- satu.
cuma,satu.
tenang, hati tenang.
macam dulu
macam dulu
tiada huruf besar hari ini.
kerana jiwa aku sedang kecil,
mati.
0 Comments
Jom komen.