f

Thursday, March 8, 2018

Selamat Hari Wanita, Semua Ibu Mithali!






Adakah satu hari kita pernah terfikir, 
kita dipilih--
menjadi ibu? 

Amanah kita ambil, 
kita fikir-- 
pernah tak kita bagi usaha beribu? 

Kita kadang penat, 
lesu. 
tapi kita gagahkan, 
kejar yang terbaik 
demi anak yang satu. 

Adakah, ada yang hargai? 
Adakah, kita cuma duduk bilang publisiti? 
kau bukan ibu yang paling baik,
aku adalah -- ibu paling baik- 
paling berjuang-- 
adakah kita mahu menangkan yang itu? 

Semoga kita jauh dari banding-banding,
semoga kita semua yang terbaik terpaling.
biar kita dikeji,
kita janji kita tidak mati,
jaga amanah-amanah kita pasti,
kita semua ibu yang tidak mati--
jiwa raga rohani,
kita ibu-ibu mithali.
dalam cara kita sendiri. 

Semoga kita jaga sama sendiri,
kita jaga nama ibu itu makhraj paling tinggi.
kita janji. 
kita ibu mithali.
mesti tidak nampak yang paling baik kita beri,
mari kita sama yakin,
kita yang paling mithali--
kita jaga amanah-amanah ini.

Selamat Hari Wanita Sedunia. 
Dari seorang Mummy. 


0 comments:

 
Norhana Rosmida