5 sebab kenapa Wisana Village Pulau Redang best!

by - September 16, 2018



Hi semua. Sesungguhnya effort pepagi update blog ni sungguh luar biasa. Tidak pernah bersikap rajin sebegini. Cuti panjang (I think almost 10 days eh?) sampai masa kawan call tanya password pc pun aku lupa yaAllah  nororasnormida kenapa macam ni!

Ok back to topic. Actually aku dengan Kak Sha dah lama plan nak pergi Redang. Mula-mula masa plan tu kitorang cari pakej biasa per pax RM 350 untuk 3 hari 2 malam. Tapi sebelum book tu, nampak kawan aku post gambar dia kat Redang lepas tu APAHAL LAWA GILA TEMPAT KAU PEGI NI BAGITAU SEKARANG NI DEKAT MANA.

So, dia pun bagitau dia pergi Wisana Village, one of private resort kat Redang. Tu second time dia pergi dan dia cakap SILA LAH PERGI HIGHLY RECOMMENDED maka aku tidak berfikir panjang sebab dapat first hand testimoni so LETS. Tak kesah berpagian mengadap blog sebab nak buat review kat resort yang bagi 5 star services, they deserved to be pinned in my blog --

BAIKLAH, 5 sebab kenapa Wisana Village Pulau Redang best :

1) Wisana adalah private resort yang ada 10 je bilik dan SEMUA sea view. 

Dia sangat private sebab hanya korang je yang ada kat situ, so bila kau makan, mandi, snorkeling ke, muka-muka tu je korang hadap. Selalu kan kau kena marah, KAU INGAT TEMPAT NI BAPAK KAU PUNYA KE? SUKA HATI KAUUUU JE. Okay jangan lah risau sebab kali ni kita dah boleh jawab AAH MEMANG BAPAK AKU PUNYA KAU DAH KENAPA?  Kah kah kah! Sebab apa tau, sebab kau buatlah pebenda kau nak buat, takde siapa marah dan peduli seriously the best place to be alone, relax dan TIDUR kat mana-mana. Bayangkan nikmat kau boleh korek hidung sorang-sorang atau terkentut di khalayak ramai tanpa sesiapa sedari SEBAB semua orang tak pedulikan kau, kau buatlah hal sorang-sorang kat situ.


Entrace Wisana Village. Kalau tengok dari jauh memang kecikkkk je resort dia. Macam kampung kecik, dan yes. Memang nama dia pun dah explain. Bangunan tak fancy mana pun, tapi entah lah. Dia best. Tak tau nak describe. 


 Ni dia punya tempat nak rileks. Ada bean beg, tilam kecik dan bantal. Seriosly masa aku datang, ada 1 group je orang putih. Pastu setiap kali datang sini, memang takde orang. Kalau ada pun 2-3 orang nak baring. Dan kau memang boleh tidur macam beruang takde siapa peduli. Lepas ni kalau repeat lagi aku akan pastikan aku bawak selimut sebab haritu malu nak tidur seperti beruang sebab orang nampak curve ke apa (walaupun orang tak ramai tapi tetap orang HAHA) so macam tidur-tidur ayam besopan santun seperti ayam je lah. Dapat lelap 5-10 minit pun dah heaven! 


Selfie sambil tangan di lutut tengok lah tu keayuan persis seorang gadis pertiwi 



Yes


Bilik depan laut. Ada air panas. Ada aircond. 


2. Tempat Turtle Point dan Snorkeling best

Okay ni memang serious. Sebab aku memang suka snorkeling. Dah pergi snorkeling tempat lain, tapi this is the best snorkeling point ever (untuk aku). Sebab masa kat turtle point, berekor-ekor turtle kitorang jumpa. Kengkonon memasing begitu berani mendekati turtle. Bajet-bajet MARILAH TURTLE KITA MERENUNG MESRA pastu tetibe turtle datang dari belakang dari bawah, terus berenang tak cukup laut. Dah la tak reti berenang pastu tersepak orang putih kat belakang tengah syok layan turtle sorang-sorang. Punah weh.



Penyu didapati sedang menjalankan aktiviti Grab kepada 2 ekor penumpang di atasnya. Destinasi tidak diketahui. 


Ok ni yang masa turtle tah dari mana datang tengok-tengok dah kat depan muka kau MAKA APA LAGI PILIHAN YANG AKU ADAAAAA JERITTTTTTT. 
(Ni screenshot dari video) 




Ikan-ikan kat sini berwajah sombong, Tiada teguran atau senyuman macam abang cafe kat Wisana Village. Paiti

Tips: Sila bawak roti/ makanan untuk tips dikerumuni ikan-ikan sombong. 

Extra tips tips : Snorkeling dan life jacket kena sewa tau RM 20. Mula-mula pelik kenapa dorang tak kasi free je skali package, tapi rupanya dorang cakap tahun lepas memang bagi free cuma bila buat macam tu, orang took for granted dan tak pulang balik / bagi hilang. 

So untuk those yang memang ada snorkeling equipment dan life jacket sendiri, silakan bawa. Nak sewa pun okay. RM 20 sepanjang stay. 


3. Makanan yang sedap-sedap dan free flow. 

Okay, sekiranya kau adalah seorang ikan paus yang asyik kelaparan, sesuai lah datang sini. Sebab insyaAllah kau takkan sempat lapar, makanan dah ada kat depan mata HAHA. Makanan akan disediakan untuk pagi, tengah hari dan malam. DAN SERIOUS KENAPA MAKANAN DIA SEMUA SEDAP EH CONFUSE LAH, CHEF WAN DUDUK SINI KE tetiba.

Pastu sementara nak tunggu main course siap masak, ada 3 in 1, cofee, teh, air masak, air manis, roti, butter, jem, sos, biskut, cornflakes. SEMUA FREE FLOW. Kerja kau sehari 18 kali bakar roti makan dengan peanut butter sambil menghirup cofee sambil membalas senyuman kepada abang cafe yang asyik senyum dari tadi.  Selain tu, ada je dorang jual magee cup dengan cikedis lain tapi tu kena beli lah.


Wahcehh. 

4. Harga pakej yang berbaloi 

Untuk  pakej kali ni, per head adalah RM 700+ untuk 3 hari 2 malam. Termasuk bot trasnfer return, makanan free flow, bilik sea view, hiking dan snorkeling. Hiking je kitorang tak pergi sebab haritu masa pergi Perhetian Kecil kitorang dah pernah naik SO PLEASE TAKNAK LETIH-LETIH DAH HIKING dah la dedua laki bini sudah tua dan berpinggang sayu. Naik tangga 2 tingkat pun memasing membebel bila nak sampai, apatah lagi hiking 45 minit. TAPI kalau kau tak pernah pergi, boleh lah try. Tapi please bersedia fizikal dan mental sebab dia adalah sejenis hiking (dont worry ada track dan guide), boleh je bawak kids NAMUN SILA BESABAR HAHA but the scenery lepas hiking is WORTH IT. 


Ni aku ambik gambar  dari google. 

Untuk kanak-kanak bawah 7 tahun dorang tak charge tau. Cuma charge harga boat transfer je. So mana yang anak tak cecah lagi umur tu, lekas-lekas lah booking untuk tahun depan , tak silap aku bulan 5 bukak balik -- link Wisana Village. 

Mula-mula rasa sceptical jugak. Betul ke ni nak pegi betul ke ni? Okay, dah menjawab segala persoalan. TIADA SESALAN MAHUPUN BEBELAN yang tinggal hanya kenangan. Kau dan aku kita ditemukakan. Di tengah laut lalu kita berkenalan ia singkat  tetapi indah--- akan ku semat dalam ingatan, BEGITU LAH PUISI I KEPADA YOU WAHAI WISANA VILLAGE SILA HARGAI. 

5. Staff yang sangat-sangat friendly dan asyik senyum dan sangat helpful apani!!!!!! 

Bila kau datang Wisana Village ni, kau akan terus rasa macam kau memang REAL TETAMU yang tuan rumah akan laju-laju sambut kau kat depan, masakkan kau makanan sedap-sedap, hantar kau balik sambil melambai-lambai tangan. Lepas tu apa benda tersengih-sengih je kerja diorang aku pun tak faham. Kau request je apa-apa pasti ditunaikan. Staff dia sangat friendly, sangat sopan santun, SENYUM SETIAP MASA ni salah sorang :


Salah sorang pekerja kat cafe yang menyengih je. Masa ni selisih pun pastilah dia sengih lantas aku telah mengambil curi gambar dia bagi melihatkan kesungguhan senyum dia tu. 

Masa bot sampai je, pekerja Wisana Village akan terus ambil tangga dekat dengan bot dan pastikan kaki kau tak cecah laut supaya tak basah SWEET GILA. Lepas tu siap-siap cakap OKAY TAKPE BEG BOLEH TINGGAL NANTI PEKERJA AMBIL. Kau hanya perlu turun tangga dari bot seperti sang puteri sambil flip tudung dan di hembusi angin laut china selatan perghhhhh berangan. Tau tak pekerja dia akan jinjing beg-beg kau sampai lobi susun lawa-lawa kau hanya duduk kejap kat lobi / cafe sementara tunggu cek in. Lalu sebagai insan tidak penyabar seperti kau, tiada lagi makna tunggu kat lobi sementara nak cek in. Marilah kita mandi terus sebab dah tak tahan tengok ke best an air lautttttt!



Kegigihan sementara tunggu cek in. Kitorang tukar baju dan pam pelampung dulu. Masa ni kitorang sampai awal around 9.30 pagi, start cek in pukul 12 jadi marilah mandi dulu!


Ni masa nak balik, pekerja dia semua turun tolong kita turun tangga dan naik bot. Diorang punya risau sampai ulang-ulang HATI-HATI TAU, TANGGA LICIN. Pastu pegang kita kuat-kuat sampai kita berjaya masuk boat. 


Pastu tunggu kita kat tangga sambil lambai-lambai sampai la bot kita jauh, seriously effort simple yang macam ni yang terus tangkap kat hati SEDIHNYA T___________T 

Tips : Kami naik bus dari Putrajaya terus ke Kuala Terengganu. Return RM 90. Naik bas pukul 9 malam, sampai subuh. So sepanjang perjalanan tidur je tak rasa penat drive. Kalau nak naik flight, if you guys boleh dapat rate RM 100 ke bawah return, PLEASE GRAB. Masa kami, tak dapat harga tu, so we decide to naik bus je sebab dah spend banyak kat resort.

Turun kat stesen bas KT, ambik grab ke Jeti Merang (RM 45). Kat sana nanti orang Wisana akan ambik kita naik boat, paling awal bot pukul 8 pagi. 


So yes. Itu je kot? Kalau tanya aku, apa yang kurang? Entah. Tak ada. Memang worth it bayar sorang RM 700. Dengan servis 5 stars dari staff. Bilik yang selesa. Pantai yang bersih. Makan yang sedap. GOOD JOB AND WELL DONE WISANA VILLAGE. You guys are really REDANG HIDDEN TREASURE. Your beach home eventually. 




A video I made for this trip. Each trip memang akan buat video pastu upload kat youtube / facebook sesiap untuk Aqilah tengok dan kenangan dia besar nanti.



Semoga bertemu lagi. 


You May Also Like

8 Comments

  1. Best review & buat rasa nak gi jugak

    ReplyDelete
  2. wah bestnya.. seronok bila pergi tempat yang sangat privacy macam ni kan.. kami sekeluarga pun suka sangat privacy.. dunia ana yang punya.. haha.. terima kasih ya share tempat best ni.. boleh pin untuk rancangan travel in future..

    ReplyDelete
  3. Wahhh dah lama tak pi tempat-tempat macam ni.. teringin gak nak tenangkan fikiran pi tempat macam ni. rileks je.. tengok pantai.. selesa jee semua

    ReplyDelete
  4. I've always wanted to visit Pulau Redang but I hear that it's quite commercialized?

    ReplyDelete
  5. hahahah okayy tersengih2 qeela baca review ni, tak tau la sejenis mudah terhibur agaknya mmg suka baca style kelakar gini haha. anyway, masyaAllah cantiknyaaa view segala inci kat sanaaa! Kalau dh Pulau Redang mmg confirm airnya pon cantik sesungguh tp yg ni area resort tu pon cantikk! Nanti bolehlah usha2 Wisana Resort ni ek if plan nk pergi sana, terliur pulak tgk lagi2 makan minum jenis free flow tuu mmg terdampar lah keseronokan ehhh hahahah.

    ReplyDelete
  6. Seronoknya dapat lihat penyu LIVE kat dalam laut! Mouse mommy pernah tengok penyu yang sangat-sangat besar, tapi jauh di dalam dasar laut. Happy family holidays!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih review tempat yang menarik dan cantik sebegini. Dah lama Naim tak pergi pantai dan pulau ini. Melihat tambang ke sana melalui bas lebih menarik. Terima kasih ya

    ReplyDelete
  8. gelak2 saya baca blog awak...seronok cara awak tulis tu...

    ReplyDelete

Jom komen.

Total Pageviews