5 sebab kenapa Wisana Village Pulau Redang best!
Hi semua. Sesungguhnya effort pepagi update blog ni sungguh luar biasa. Tidak pernah bersikap rajin sebegini. Cuti panjang (I think almost 10 days eh?) sampai masa kawan call tanya password pc pun aku lupa yaAllah nororasnormida kenapa macam ni!
Ok back to topic. Actually aku dengan Kak Sha dah lama plan nak pergi Redang. Mula-mula masa plan tu kitorang cari pakej biasa per pax RM 350 untuk 3 hari 2 malam. Tapi sebelum book tu, nampak kawan aku post gambar dia kat Redang lepas tu APAHAL LAWA GILA TEMPAT KAU PEGI NI BAGITAU SEKARANG NI DEKAT MANA.
So, dia pun bagitau dia pergi Wisana Village, one of private resort kat Redang. Tu second time dia pergi dan dia cakap SILA LAH PERGI HIGHLY RECOMMENDED maka aku tidak berfikir panjang sebab dapat first hand testimoni so LETS. Tak kesah berpagian mengadap blog sebab nak buat review kat resort yang bagi 5 star services, they deserved to be pinned in my blog --
BAIKLAH, 5 sebab kenapa Wisana Village Pulau Redang best :
1) Wisana adalah private resort yang ada 10 je bilik dan SEMUA sea view.
Dia sangat private sebab hanya korang je yang ada kat situ, so bila kau makan, mandi, snorkeling ke, muka-muka tu je korang hadap. Selalu kan kau kena marah, KAU INGAT TEMPAT NI BAPAK KAU PUNYA KE? SUKA HATI KAUUUU JE. Okay jangan lah risau sebab kali ni kita dah boleh jawab AAH MEMANG BAPAK AKU PUNYA KAU DAH KENAPA? Kah kah kah! Sebab apa tau, sebab kau buatlah pebenda kau nak buat, takde siapa marah dan peduli seriously the best place to be alone, relax dan TIDUR kat mana-mana. Bayangkan nikmat kau boleh korek hidung sorang-sorang atau terkentut di khalayak ramai tanpa sesiapa sedari SEBAB semua orang tak pedulikan kau, kau buatlah hal sorang-sorang kat situ.
Okay ni memang serious. Sebab aku memang suka snorkeling. Dah pergi snorkeling tempat lain, tapi this is the best snorkeling point ever (untuk aku). Sebab masa kat turtle point, berekor-ekor turtle kitorang jumpa. Kengkonon memasing begitu berani mendekati turtle. Bajet-bajet MARILAH TURTLE KITA MERENUNG MESRA pastu tetibe turtle datang dari belakang dari bawah, terus berenang tak cukup laut. Dah la tak reti berenang pastu tersepak orang putih kat belakang tengah syok layan turtle sorang-sorang. Punah weh.
3. Makanan yang sedap-sedap dan free flow.
Okay, sekiranya kau adalah seorang ikan paus yang asyik kelaparan, sesuai lah datang sini. Sebab insyaAllah kau takkan sempat lapar, makanan dah ada kat depan mata HAHA. Makanan akan disediakan untuk pagi, tengah hari dan malam. DAN SERIOUS KENAPA MAKANAN DIA SEMUA SEDAP EH CONFUSE LAH, CHEF WAN DUDUK SINI KE tetiba.
Pastu sementara nak tunggu main course siap masak, ada 3 in 1, cofee, teh, air masak, air manis, roti, butter, jem, sos, biskut, cornflakes. SEMUA FREE FLOW. Kerja kau sehari 18 kali bakar roti makan dengan peanut butter sambil menghirup cofee sambil membalas senyuman kepada abang cafe yang asyik senyum dari tadi. Selain tu, ada je dorang jual magee cup dengan cikedis lain tapi tu kena beli lah.
Bila kau datang Wisana Village ni, kau akan terus rasa macam kau memang REAL TETAMU yang tuan rumah akan laju-laju sambut kau kat depan, masakkan kau makanan sedap-sedap, hantar kau balik sambil melambai-lambai tangan. Lepas tu apa benda tersengih-sengih je kerja diorang aku pun tak faham. Kau request je apa-apa pasti ditunaikan. Staff dia sangat friendly, sangat sopan santun, SENYUM SETIAP MASA ni salah sorang :
Turun kat stesen bas KT, ambik grab ke Jeti Merang (RM 45). Kat sana nanti orang Wisana akan ambik kita naik boat, paling awal bot pukul 8 pagi.
A video I made for this trip. Each trip memang akan buat video pastu upload kat youtube / facebook sesiap untuk Aqilah tengok dan kenangan dia besar nanti.
8 Comments
Best review & buat rasa nak gi jugak
ReplyDeletewah bestnya.. seronok bila pergi tempat yang sangat privacy macam ni kan.. kami sekeluarga pun suka sangat privacy.. dunia ana yang punya.. haha.. terima kasih ya share tempat best ni.. boleh pin untuk rancangan travel in future..
ReplyDeleteWahhh dah lama tak pi tempat-tempat macam ni.. teringin gak nak tenangkan fikiran pi tempat macam ni. rileks je.. tengok pantai.. selesa jee semua
ReplyDeleteI've always wanted to visit Pulau Redang but I hear that it's quite commercialized?
ReplyDeletehahahah okayy tersengih2 qeela baca review ni, tak tau la sejenis mudah terhibur agaknya mmg suka baca style kelakar gini haha. anyway, masyaAllah cantiknyaaa view segala inci kat sanaaa! Kalau dh Pulau Redang mmg confirm airnya pon cantik sesungguh tp yg ni area resort tu pon cantikk! Nanti bolehlah usha2 Wisana Resort ni ek if plan nk pergi sana, terliur pulak tgk lagi2 makan minum jenis free flow tuu mmg terdampar lah keseronokan ehhh hahahah.
ReplyDeleteSeronoknya dapat lihat penyu LIVE kat dalam laut! Mouse mommy pernah tengok penyu yang sangat-sangat besar, tapi jauh di dalam dasar laut. Happy family holidays!
ReplyDeleteTerima kasih review tempat yang menarik dan cantik sebegini. Dah lama Naim tak pergi pantai dan pulau ini. Melihat tambang ke sana melalui bas lebih menarik. Terima kasih ya
ReplyDeletegelak2 saya baca blog awak...seronok cara awak tulis tu...
ReplyDeleteJom komen.