Obligasi

by - September 09, 2018


Aku tiada sebarang obligasi untuk puaskan hati setiap orang—
Jika pada satu sudut aku hanya perlu sembunyikan apa yang aku ada
atau rasa—

Terpulang.

Orang lain juga tiada obligasi untuk memahami apa yang aku sembunyi—
Pilihan aku untuk biarkan ia lutsinar, jelas, atau samar.
Atau, tidak kelihatan langsung.

Maka jelas—
Aku hanya punya obligasi untuk memahami hati sendiri,
Faham masalah sendiri dan selesaikan sendiri.

Jika ia nampak buruk di mata orang,
Cukup.
Terang dari awal, aku tiada upaya mahu penuhkan ruang senang orang.
Aku punya susah sendiri.
Aku hadam sendiri.
Biar hati aku gembira—
Atas rahsia-rahsia aku sendiri.

Tanpa perlu jejaskan sesiapa,
Hanya aku tau sendiri.


Jika kau mahu benci—
Silakan.

Mahu aku ulang lagi?
Antara kita tiada obligasi.
Kau bukan tuhan— aku bukan nabi.

Aku bukan maksum,
Kau bukan penentu hukum.
Cukup jelas?

Ya——



You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews