Aqilah's School Annual Concert | Garden Residence Clubhouse Cyberjaya

by - November 18, 2018



Semalam 17/11/2018, first time attending Aqilah's school annual concert. This time, the concert was held at Garden Residence Clubhouse Cyberjaya. Tempat dia besar, cantik. Reception hall dia selesa dan sejuk. Cuma agak panas sebab dia kat luar hall tapi yang best sebab ada swimming pool. Clubhouse ni dekat dengan Abeedeen International School, dalam satu compound. Ada juga yang buat kenduri kahwin kat Garden Residence Clubhouse ni. 
Untuk yang nak buat event macam birthday, boleh consider lah. Tempat dia private dan selesa. 

__

Okay pasal Annual Concert Aqilah. Kalau nak cerita excited tu memang lah. Sebab ni first time nak tengok Aqilah perform. Sebulan sebelum concert pun aku dah banyak kali test Aqilah, tunjuk lah nanti Aqilah buat performance apa? Dia jawab RAHSIA. 

Humak ai berani betul budak kecik ni berahsia-rahsia dengan Mummy. Mummy test tanya teacher pun teacher cakap tak boleh bagitau, surprise. Bersekongkol eh kau orang semua paiti. 


Wah sis ini la yang rahsia sangat tu ko menari LATINO DANCE ke anakkkkkk


Steadyyyyyy tangan di pipi


Tengah tunggu turn make up dengan teacher. Sambil tu kita sembang kari dengan kawan-kawan dulu 


Perangai cover sikit tak boleh ke 





Amende ni Aqilah, Mummy tak pernah ajar bersikap begini 


Okay tiba lah masa untuk Aqilah Latino Dance, sorry lah blur, camera telepon Mummy Nokia 3310 je

Untuk concert ni, Aqilah perform je, tak graduate lagi. Cuma tulah, Mummy selaku emak yang sungguh cengeng dan emotional, tengok anak orang graduate pun Mummy sebak dan nak nangis. Macam mana lah kalau Aqilah pulak nanti lagi 2 tahun. 



Yang dalam bulatan tu nama dia Fadil. Ni la nama Fadil yang Aqilah suka sebut. Kalau tetiba aku tengah cerita dengan Din pasal seorang kawan aku bernama Fadil, terus dia perasan ingat aku tengah cerita pasal Fadil dia, APA MUMMY? FADIL? FADIL? *KETAWA TERBAHAK BAHAK* 

Sebutan Fadil, kena sebut betul-betul tau. FORDHEL ha camtu. Kau reti sebut ke tak tu? 
Entah kenapa anak aku. Sebut je Fadil she will get excited, mungkin Fadil ni sering menghiburkan Aqilah dengan punchline-punchline terkini sampai balik rumah pun terkenang-kenang ke Fadil. 




Ok concert habis. 

Concert biasa je pun, tapi sempat lah Mummy termenung apa Aqilah akan jadi satu hari nanti? Masuk sekolah nanti Aqilah pandai ke belajar? Kawan dengan siapa? Sekolah dekat mana? Jadi pengawas ke pengawas pusat sumber? Ke jadi atlet lumba lari? Tah-tah masuk sekolah sukan. Tetibe je Mummy ni. 

Mungkin ini lah kot yang Mak kita susahkan masa kita masih kecik, masa kita masuk sekolah, masa dah masuk University. Hati risau tak tau nak jelaskan macam mana. 
Semoga Aqilah sentiasa dilindungi oleh Allah, dirahmati, dimudahkan urusan, disayangi dan disenangi orang. 


Hah ni nail polish dia paw Abi masa pegi DPulze haritu. 
Bising nak suruh Abi pakaikan. Abi dia pulak jenis layan je TERUS AMBIL KESEMPATAN MINTAK PAKAIKAN KAT KAWAN SEKALI 


ABI REDHA 

Cakap pasal nail polish (Aqilah panggil benda ni Inai), Abi dia suka lah layan belikan Inai yang boleh peel off. Aku memang tak berkenan sebab dah la bau dia jenis tengik-tengik sikit. Aku tak sabar tunggu Inai dia ni habis lalu aku akan lakukan apa sahaja untuk Aqilah melupakan bahawa Inai ni pernah wujud dalam hidup dia. 

Pernah satu malam sedang aku bercanda dengan Aqilah di bilik, tiba-tiba Aqilah tanya, 

'Mummy, apa bau kentut ni? Mummy kentut ke?' 

Wah suka ati menuduh Mummy dengan melulu. BILA MASA MUMMY KENTUT? 

Pastu dia jawab, 

'Ohhhh bukan bau kentut. Bau Inai Aqilah'


WAH BARU TERSEDAR DARI LAMUNAN KE BAU KUKU SENDIRI PASTU TUDUH ORANG KENTUT 


You May Also Like

0 Comments

Total Pageviews