Tengok Trailer Pun Dah Gelodak : Filem Terbaru Tahun 2018 - Operasi X Movie

by - November 06, 2018


Fuh fuh fuh fuh 
*Tiup sawang* 

Berapa lama dah tak update blog ni? Ada sesiapa ke boleh tolong Azan kat telinga aku bagi rajin sikit update blog ni oi. 

Sekarang ni di awal minggu November, aku telah berzanji kepada diri sendiri untuk update blog 2 kali seminggu, beserta 1 kali review movie terbaru dan tempat makan dengan frekuensi sebulan sekali, 
sama-sama kita nantikan mampukah aku melunaskan? 

Yes. 

Untuk yang review movie tu memang. 
Aku tengah nak review ni, tapi trailer dulu.
Kehkehkeh. 

Korang tau tak apa movie melayu paling latest keluar sekarang? 
Ha ni ha *menepuk dada* akak kau nak bagitau -- 


Filem terbaru tahun 2018
Dream Pictures Production melancarkan  Filem Operasi X  pada 1 November 2018!

Ok jom tengok trailer Filem Operasi X jap! 


Serious lah. Filem terbaru 2018 gandingan Aaron Aziz dengan Awie weh! Gabungan kali pertama antara dua taikong yang wajib kena tengok. 
Semenjak aku rajin tengok movie lawan-lawan ni, terus jadi gelodak saat melihat trailer Operasi X Movie ni. Sebab aku syak, cerita ni mesti ada unsur-unsur saspen detektif conan dan kelakar. Masalahnya tengok rambut Awie pun kelakar, lalu bagaimana isi kandungan cerita ni? 
Sinopsis Filem Operasi X 
Ridzuan, seorang anggota polis yang telah meninggalkan dunia siasatan jenayah. Tidak menyangka bahawa operasi pada hari itu bakal menjadi operasi terakhirnya, Ridzuan yang telah menyaksikan kematian sahabat baiknya, Aman di hadapan matanya sendiri. Ridzuan memilih untuk meninggalkan dunia tersebut dan membina dunia baharunya sendiri di sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. Ridzuan menyembunyikan identitinya dengan memutuskan segala bentuk komunikasi kerana tidak mahu ditemui lagi. Ridzuan jatuh cinta pada keindahan pulau yang didiaminya. Dan di situ jugalah dia bertemu dengan kekasih hatinya, Cikgu Ayu.

Sehinggalah pada suatu hari, Ridzuan dikunjungi oleh Tuan Moktar dan Tuan Anwar dari Bukit Aman yang telah sekian lama cuba menjejakinya. Ridzuan berkeras tidak mahu kembali kerana menyangka sahabatnya telah dibunuh oleh anggota polis sendiri. Kehadiran Tuan Moktar dan Tuan Anwar telah membongkar siapakah dalang yang telah mengakibatkan kematian sahabatnya itu.

Dengan barisan ahli operasi dengan kepakaran masing-masing; Janggut si hacker, Nash pakar penyamaran, Pablo terlatih dalam seni mempertahankan diri dan Ali Mat pemandu handalan, Rizuwan dipertanggungjawabkan mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X. Rizuwan harus kembali ke dunia siasatan jenayah untuk mengetuai operasi menumpaskan Geng BELUT yang telah terbengkalai dan kini semakin berleluasa di rantau ini. Operasi X telah menumpaskan "Raja Seludup Antarabangsa" dengan kepakaran dan kepintaran Polis DiRaja Malaysia.

Okay Jap. 

Nama watak macam janggut lah. Belut lah.
Ni nak takot ke nak gelak ni? HAHA.
Lagi tak sabar nak tengok cerita ni.
Aku harap aku takkan tertidur sebab besar jugak harapan aku kepada filem ni.
Biasa lah aku ni bukan boleh harap. Haritu masa tengok cerita Munafik, punya lah beria masa mula-mula, tapi bila Aqilah start menangis dan aku tidurkan dia, dengan aku-aku sekali tidur.


Tapi tu lah, aku buat jugak research kat blog / facebook, memang ramai cakap cerita ni aksi dan kelakar. Part kelakar tu yang aku tak nyabor sebab aku ni bukan boleh sangat cerita pening-pening letup sana sini dari mula sampai habis, mula lah nak start tidur. T___________T

So far review yang aku saja search kat facebook aku jumpa yang ni :


Hah gaya-gaya macam best. Mungkinkah Filem Operasi X akan menjadi filem terbaik tahun 2018?

Okay, korang tunggu aku bagi review pasal movie pulak.
Nak tengok ticket TGV online dulu.

Untuk info lain, korang boleh tengok kat link Facebook Rasmi Filem Operasi X. 

You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews