Kau tahu TNB? SYABAS? ASTRO?
Hari hari mereka bagi kau perkhidmatan, tapi dengan pertukaran, kau kena bayar BIL kepada mereka melalui wang ringgit.
Satu hari nanti kau akan kerja. Jadi boss. Ada orang bawahan. Kau bayar gaji untuk mereka, dengan pertukaran mereka kena lah kerja untuk kau. Cuba kalau kau bagi gaji, lepas tu mereka tak kerja betul betul, curi tulang. Kau mengamuk ke tak?
____
Okay sekarang nak tanya,
Kau tau TUHAN?
Hari hari Dia bagi kau hidup, rezeki, udara supaya kau tak mati dan nikmat negara selesa, maka konsep dia adalah sama. Kau kena lah bayar BIL kepada Tuhan.
Kau percaya Tuhan?
Boss paling BESAR yang perintahkan kau untuk buat sesuatu perkara. Semua nikmat kau dapat ibarat gaji lah. Tapi kadang kadang kita sendiri pun lupa, atau buat buat lupa. Tak buat pun apa yang Bos Besar dah perintah.
Macam mana?
Cuba kau try tak bayar bil TNB, ASTRO. Agak agak kau, dorang potong tak perkhidmatan dorang bagi?
Tapi Bos Besar kita Maha Kaya, tak potong pun ‘perkhidmatan’ yang Dia dah bagi kat kita. Walaupun kita selalu lupa ‘nak bayar bil’ kat Dia.