Semua orang di beri pilihan, sama ada nak hidup atau mati. Siapa yang pilih untuk mati, maka mungkin sekarang dia tengah cari ridsect untuk ditelan sekilo dua, atau paling cliche skali adalah tutup pintu tingkap rapat rapat, ambik tali rafia ikat dari atas, dan 1 2 3 go. Rapatkan leher di tali, lepaskan tangan dan tadaaaaaa. Mati.
Lalu tinggalkan notes, bai ayang abang nak merambus mati dah ni. Sape suruh ayang curang, kan abang dah bunuh diri.
Farid Kamil jambu, atau berbulu?
Atau pun, cuba lihat 10 jari kau di tangan. Semua orang di beri pilihan, sama ada nak guna tangan untuk memberi, atau mencuri. Ada juga orang lebih kreatif, membuat pilihan untuk korek hidung, berlandaskan jari mana yang lebih kecik. Maka tidak hairanlah kalau kau tengah berenti kereta depan trafic lite, tiba tiba nampak sorang pakcik tengah korek hidung pakai jari kelingking dia sebab ibu jari dengan jari telunjuk besar sangat tak muat masuk hidung. See? Semua orang di beri pilihan kan?
Sama dengan hidup, bila kau dikelilingi dengan banyak peluang dan agihan nikmat dari Tuhan. Dan sebenarnya lagi banyak pilihan, lagi banyak dugaan. Sampai tahap bila semua pilihan kau dah jadi maximus dan otak kau sampai dah tepu tak boleh nak fikir nak pilih yang mana satu, pada masa itu kau perlukan ahli ahli nujum bijak, iaitu orang orang tua berpengalaman untuk lead kau ke jalan membuat pilihan yang betul. Atau fitrah manusia, yang bila dia dah taktau nak turn to siapa siapa, last last sekali mesti dia Istikharah mintak kat Tuhan, kan?
Tapi apa yang berenang renang dalam fikiran aku sekarang adalah, pilihan untuk mencari teman hidup. Kenapa ada perempuan yang masih akan berkahwin dengan teman lelaki dia yang dia tau kaki pukul, atau kaki maki, atau kedekut dan berkira, atau tidak langsung hormat orang tua, atau yang tidak fikir masa depan, atau sebenarnya adalah kaki perempuan, atau sebenarnya tak sembahyang, atau errr.
Masalah dia sekarang, setiap manusia di beri pilihan untuk pilih yang terbaik, tapi kenapa masih ada orang pilih yang terburuk bila mana dia tau benda tu akan tetap mudaratkan dia satu hari nanti?
Nafsu, tidak?
Ya.