Bila
kau naik kereta lepas tu driver kereta tu jenis telinga pekak ke macam mana.
Sikit punya kuat dia pasang radio. Dah la pasang radio sinar fm. Lepas tu bila
time Nicky Astria nyanyi lagu pitching yang tinggi tu, tiba-tiba dalam kereta kau
mula rasa nak tekencing. Okay itu bukanlah point utama yang aku nak cakap skang
ni. Point aku adalah, bila kau pasang radio kuat-kuat, dan kau bercadang juga
untuk bersembang dengan penumpang kau, adakah kau tak rasa pening dengan
bencana maha runsing ini? Lagu Nicky Astria pasang kuat-kuat, lepas tu driver
nak cakap, penumpang depan nak cakap, penumpang belakang pun nak cakap. Nicky
Astria pun nak nyanyi. Dan kau sorang-sorang kat belakang rasa nak tekencing.
Bala nya.
Kita baca blog orang tadi pasal bapak. Tengok ni kita dah nangis walaupun sebena kita tak kenal pun blogger tu secara dalam secara dekat tak kenal pun bapak dia, tapi kenapa tiba-tiba kamu nak jadi gegerl keluar ayaq mata ni?
Sebab sebena bila sembang pasal bapak, kita bukannya teringat bapak orang lain, part pendahuluan tu memang la baca cerita pasal bapak orang lain. Lepas tu memang kita dah takkan concentrate kat perenggan lain dah sebab nya kita memang akan terus teringat bapak kita.
Macam ni cerita dia.
Kita ada sorang abah yang masa kita kecik, selalu letak
minyak rambut kat rambut kita lepas tu sikatkan. Maksalahnya macam mana kita boleh syok dekat minyak rambut abah pun taktau la. Dulu kalau pegi sekolah ke, pegi jalan-jalan ke, kita tak penah keluar kalau tak pakai minyak rambut abah yang dalam bekas kecik bulat tu tau tak. Abah la kita punya fashion advisor dulu when it comes to hair. Pagi-pagi rajin betul check kerja sekolah kita,
susunkan buku ikut jadual dan hantar kita naik motor pegi sekolah pagi-pagi.
Lepas tu bila abah marah kita, abah selalu ugut taknak bagi duit belanja
sekolah. Tapi tengok-tengok masa tengah hari, abah pegi cari kita kat sekolah
bagi duit belanja, comelnya abah kita. Bila kita besar, abah selalu ambik kita
kat asrama UiTM Perak dengan lori abah. Abah bawak makanan bagi kat kita, abah
beli kat kedai mamak. Bila tengok dalam lori abah, ada makanan jugak. Tapi
makanan abah hanya bekal nasik dan ikan goreng yang abah bawak dari rumah.
Ah taknak sambung dah.
Tak boleh sambung air mata mengalir ngalir sangat. Kita hanya mintak satu kat tuhan supaya jangan bagi kita jadi anak yang lupa diri sebab 24 tahun abah penat-penat jaga kita sekarang tolong lah tuhan, bagi can kat kita jaga dan kerja untuk abah pulak.
Bagi aku lah kan, orang yang betul-betul kau boleh cakap dia pandai dan bijak dan smart adalah bila dia belajar, dan dia suka share semua benda dia buat dengan orang lain. Dia tak kedekut langsung ajar orang lain. Dia tak kenal pun apa dia 'ilmu aku akan hilang', 'dia akan lagi pandai dari aku', 'dia akan lagi kaya dari aku' dia will never have those kinda thoughts. Because they are just smart like that.
Kelakar sangat bila aku tengok cerita masterchef masa episod berapa tah. Ada time peserta ni menang segmen cipta rasa, dia kena lawan dengan chef hebat-hebat sebab nak rebut pin kebal. Datang-datang chef tu, dia punya tunjuk hebat bukan main lagi. Sikit pun dia tak bagi tips kat peserta masterchef tu. Lagi boosting style dia masak ada lah. Dan, dia menang dalam episod tu. Tapi kan, serious aku secara telusnya tak rasa kagum langsung tengok dia menang. Tak nampak langsung kau hebat bila kau macam tu.
Aku terus teringat masa masterchef season first. Ada peserta lawan dengan sorang chef ni, dan chef ni tolong peserta tu kaw-kaw sampai dia sendiri pun tak sempat masak kot? Last-last peserta tu dapat pin kebal. Chef tu kalah. Memang chef tu kalah, tapi weh, berapa besar malu kalah dia, dari menangnya dia mengajar peserta tu sampai dia sendiri pun tak sempat masak? Mulia gila, tau tak? Berapa sangat lah menang kau tu, orang semua takkan ingat sampai mati pun. Riak tu datang sekejap je, tapi tuhan sayang ke kalau perangai macam tu?
Okay Hana, never judge.
Cuma konklusi dia sekarang kan, setiap inci ilmu apa kau ada dalam hidup ni, share lah dengan orang. Kau tak rugi langsung sebab semua benda yang kau konon-konon ada tu, takkan orang bawak sampai kau masuk kubur la. Kau member dengan kain putih dan amal-amal kau je.

Apa yang kita panggil friendship adalah kawan satu kapal yang berani cakap upfront antara satu sama lain. Berani cakap bodoh depan muka kawan, berani makan daging kawan depan-depan, berani main ludah-ludah, berani main tunjal kepala. Kejam sangat tapi hakikatnya hati kawan-kawan satu kapal memang ganas, but at the end of the day, semua sayang sama sendiri. Semua bila tidur rasa nak peluk sama sendiri. Buat salah depan-depan lah. Senang cerita. Mintak maaf depan-depan lah. Lagi senang cerita. Takkan aku nak kena ulang balik peribahasa 'sudah baling batu, lalu sorok tangan di belakang' pula?
Pengecut.
Salah nya kita di bawah akta kawan kapal tahun 2012 rekaan aku sendiri (terima kasih), bila kita rasa kita ni seperti tuhan yang duduk paling atas sekali dekat langit. Semua kita rasa kaki kita tidak layak nak cecah tanah. Rasa macam perlu semua orang cium kaki kita dulu baru dapat tengok muka kita. Amboi kenapa perangai tiba-tiba nak jadi macam tuhan ni?
Aku ingatkan setiap ribut ada tenang nya. Setiap api yang marak, ada air sejuknya. Alah, paling kurang kalau ada fresh orange kasi padam api marak tu pun jadi la. Dahaga aku bila type panjang-panjang macam ni tahu tak.
Dahaga dan bosan dengan permainan dalam kapal ini.
Jika ini kau kata sudah, maka mari cipta kesudahan yang paling manis.
Semanis pavlova yang aku teringin sangat nak buat bila adik-adik aku balik asrama nanti.
Tuhan,
boleh saya tahu berapa besar hati saya?
saya mahu tahu berapa besar hati saya.
saya mahu tahu berapa lapang nya hati saya.
berapa square feet ya?
berapa diameter ya?
Lighting dari angle mana yang boleh cerahkan hati saya?
berapa besar hati saya tuhan, saya mahu tahu.
berapa besar dosa saya tuhan, saya mahu tahu.
betapa kotor nya kadang-kadang hati ini tuhan, tolong beritahu.
**
Aku rasa macam aku adalah satu entiti kotak.
Kotak yang hidup dalam stor.
Kotak.
Digunakan atau dipergunakan?
**
Btw aku tak suka langsung dashboard baru blogger ni. Lagipun dah 2 bulan tak update blog. Aku syak mesti kau ada rasa bau petai time aku tiup-tiup sawang kat blog ni tadi.
*fuh fuh fuh*
Hah. Bau petai lagi.