Friday, August 23, 2019

Sakit

Ya Allah 
Sakit ini seksa yaAllah
Lama—
Lama. 

Ada masa langsung tak daya,
Walaupun mahu pandang cahaya. 
Terasa gelap gelita,
Suram—
Takot, apa jadi seterusnya? 

Dah lama sakit ini yaAllah,
Keluarkanlah sakit ini yaAllah,
Aku sudah tidak daya. 
Mahu berdepan dengan apa seterusnya,
Aku fikirkan aku paling cukup kuat—
Rupanya, tidak. 

Ampunkan aku, 
Kerana tidak permah cuba jadi sempurna. 
Kalahnya aku, 
Pada hidup yang dah diatur indah,
Cuma—
Aku taktau mahu lihat cantik yang mana,
Sebab sakit ini,
Kabur semua..,

Thursday, August 8, 2019

Ana Rosmitah Yang Begitu Yakin



Tersebut lah al kisah, satu hari aku kena jadi urusetia untuk satu event. Event ni pegawai kena datang ke HQ dan masa tu, aku jaga kat kaunter pendaftaran. So masa tu aku jumpa lah ramai pegawai dari Cawangan previous aku pernah bertugas. 

Terjadi lah banyak sesi jejak kasih, sampai la aku jumpa sorang pegawai ni. Sebagai seorang Hana yang peramah, aku pun bertegur sapa. 

"Assalammualaikum Encik Nordin! Kenal saya tak? Mesti tak kenal kan.…" 

Dia pandang muka aku,
"Eh saya kenal, tapi tak ingat nama awak.." 

Fuh, aku apa lagi, 

"Sampai hati Encik Nordin tak ingat nama saya. Saya ingat tau Encik Nordin." 

Dia senyum, pastu terus lah berlalu masuk dewan. 

Aku masa tu, bukak list kehadiran nak update nama Encik Nordin, tapi tak jumpa. 

Sekali rupanya nama dia bukan Nordin, 

tapi Azizan.

Masa ni taktau lah nak azan kat diri sendiri ke nak nyanyi lagu Elizabeth Tan hebatnya kamu yakinnya kamu ke nak pura-pura repair side mirror kereta.


Entah.








Tuesday, August 6, 2019

Review Makan Sedap Di Klang - Restoran Sisik Ikan Bakar



Hi Korang! Assalammualaikum. 
Okay, kita bertemu lagi dalam rancangannnnn review makan dengan hannamaruku *melambai tangan kepada penonton* 

Harini aku nak review pasal satu restoran ikan bakar bestwei. Selama ni kalau family aku datang dari Perak, aku mati kutu taktau nak bawak makan pergi mana. Tapi lepas ni, kalau diorang datang, aku tau dah la nak bawak pergi mana. Yes! Nak cari makan ikan bakar fresh dan sedap? Restoran Sisik Ikan Bakar kat Klang. Fuh ngences! 


Ni Restoran Sisik Ikan Bakar dari depan. Besar ya restoran dia, sesuai kalau korang nak buat event ramai-ramai. Meriah! 


Pastu Restoran ni berdepan dengan GM Klang. Selepas berpenat lelah membeli, apa kata korang membelah dan makan kat Restoran Sisik Klang ni. Jalan kaki je! Hehe! 

Jom kita tengok menu yang tersedia kat Restoran Sisik Ikan Bakar ni : 




Selain ikan bakar, Restoran Sisik Ikan Bakar Klang ni pun ada sajikan steambot tau.  Kuah tomyam steambot dia sedap, ala-ala kuah oden. 


Tengok lah waiter apahala hensem sangat sengeh-sengeh dengan pakaian ala-ala pahlawan bertanjak. Seriously, semua pekerja pun sangat friendly tau! Senyummmm je.

 Ulam-ulaman pun ada

 Ikan fresh yang boleh dipilih. Korang boleh pilih nak buat masak apa tau. Tapi akan sangat recommend korang order masak tempoyak, hoh sedap gila! 

 Sotong, udang, kerang, kepah, pahat. 

 Tudiah ikan pari ekor sampai keluar nak pergi mana taktau

 Ruangan open kitchen dengan pahlawan bertanjak! 

 Nasi Lemak Buluh Perindu. Nasi lemak kukus dalam buluh WEH NI HIGHLY RECOMMENDED MATCHING MAKAN DENGAN IKAN BAKAR SEDAP SANGAT

Suami aku bedal sampai 2 pinggan pastu malam-malam ngingau ‘rindu rindu’ 🤣

 Manisnya senyuman (bila lagi nak puji diri sendiri)


Sotong bakar berempah madu


 Asam pedas 

 Ikan masak stim limau

 Lala masak masam manis


Ni la yang sedap tu, masak tempoyak. 



Udang goreng tepung 

 Gembira ya

Thank you Restoran Sisik Ikan Bakar! Kitorang enjoy gila makan, seronok, sedap eh semua lah! 

Korang tau tak apa yang best pasal Restoran Sisik kat Klang ni? Owner dia berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. Sebab tu lah asam pedas, kuah tomyam steambot dan masak tempoyak dia sedap gila! 


Kalau korang nak datang rasa makanan laut yang fresh kat sini, boleh datang bermula petang ya around 5.00 pm sampai 12.30 malam!

2 minit video highlights untuk malam tadi. Enjoice!

View this post on Instagram

Korang tau tak apa yang best pasal Restoran Sisik kat Klang ni? Owner dia berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka. Sebab tu lah asam pedas, kuah tomyan steambot dan masak tempoyak dia sedap gila! Kalau korang nak datang rasa makanan laut yang fresh kat sini, boleh datang bermula petang ya around 5.00 pm sampai 12.30 malam! Lagi satu yang paling sedap, nasi lemak yang dikukus dalam buluh. Matching sangat makan dengan ikan bakar. Suami aku bedal sampai 2 pinggan pastu malam-malam ngingau ‘rindu rindu’ 🤣 2 minit video highlights untuk malam tadi. Enjoice! Anyway, lokasi kedai betul-betul berhadapan dengan GM Klang Wholesales City. No 32, Jalan Kasuarina 1/KS7, Bandar Botanic Klang Facebook : Resepi Warisan TOK SISIK Instagram : @restoransisik Sebarang tempahan : 019 226 3004 / 016 2240474
A post shared by Norhana Rosmida (@hannamaruku) on


Alamat Restoran kat bawah ya. Waze je Restoran Sisik Klang.

No 32, Jalan Kasuarina 1/KS7,
Bandar Botanic Klang
Facebook : Resepi Warisan TOK SISIK

Sebarang tempahan : 019 226 3004 / 016 2240474

 


 
Copyright © 2018 Norhana Rosmida. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.