5 Benda Penting Kena Ada Dalam Resume

by - May 17, 2011







Okay aku tergerak nak tulis pasal benda ni sebab aku rasa macam ramai orang taktau pasal benda ni. Tambah tambah yang bukan student management, selalu bila nak buat resume, dia kemaen bantai je apa benda dia nak tulis. Maka aku sebagai pelajar berkelulusan Human Resource yang ada sikit sikit belajar pasal buat resume ni, nak cerita sikit kat korang. Mungkin bila aku cakap 'pelajar berkelulusan Human Resource' tu macam geli sungguh ketiak korang, macam EH KAU SIAPA INGAT KAU HOT LETTEW AMEK HUMAN RESOURCE NAK SHOW OFF ILMU LETTEW. Serious shit tak, sebab aku buat ni pun berdasarkan ape yang aku nampak kat resume orang time aku intern kat department HR dulu. 





Credit : http://www.panduanmalaysia.com


1. Quality Sesuatu Resume

Untuk satu resume yang ada quality dan di pandang tinggi oleh masyarakat, kau tolong la jangan buat resume sampai 600 page. Ada sekali tu ada budak hantar resume dia kat HR, bukan main macam buku skrap lagi resume dia. Kau tak payah nak jadi macam OK SYARIKAT ABC SILA PANDANG AKU, TEBAL GILA WOH RESUME AKU MENANDAKAN KAU KENA AMEK AKU KERJA. INI MENUNJUKKAN EFFORT AKU YANG TAK BERBELAH BAGI, BAIK KAU AMEK AKU KERJA. And man, persepsi kau salah! Takde makne HR kemaen rajen nak baca resume kau yang 600 page tu. Kalau 4 5 page pun ktorang malas nak baca, ni kan lagi 600 page. Tak payah la kau nak letak personal details kau merangkumi makanan kegemaran, tempat favourite ketika tidur, atau gambar gambar ex boyfriend saya dalam resume kau. Okay ni memang tak lawak sebab tak logik la. Takkan la kau bangang sangat nak letak makanan kegemaran,senarai ex boyfriend apa bala semua kan. Mungkin aku sebena yang bangang pegi bagi example macam ni kuehkehkeh. Tapi kan,kalau kau betul geram suka nak letak jugak sijil kau seketul dua dalam resume kau, letak la mini transkrip atau result SPM kau.


2. Padat Dan Komprehensif

2) Make sure resume kau padat dan pendek. Ada yang jenis rajin buat karangan 1000 patah perkataan termasuk acknowledgment kepada ibu bapa kerana menyokong saya mencari kerja selama ni. Weh serios tak payah. Dalam satu resume, apa yang penting adalah PERSONAL DETAILS kau. Kalau takde personal details macam mana company tu nak call kau. Takkan number kau turun dari langit atau sedang employer tu mandi tiba tiba datang ilham number telefon kau muncul di dalam kepala. Common sense la, this is the most crucial part. Alamak kan dah terspeaking.

 Penggunaan Nama Email Peribadi

 Oh sebelum aku lupa, email kau pun penting. Please make it formal macam norhanarosmida@yahoo.com. Bukan hana_cutee_girlz@yahoo.com atau hanalurveabu@yahoo.com.

3. Career Objective

Aku tak rasa part CAREER OBJECTIVE tu penting. Sebab tak perlu pun tak pe aku rasa. Kebanyakan orang mesti google punya career objective tu macam aku taktau. Nak nak pulak orang tak reti nak main copy paste. Kerja mintak nak jadi kerani, tiba tiba career objective, With 10 years of extensive management experience in the oil industry, seeking a Senior Petrophysicist position which will allow me to utilize my experiences to mentor and train my team. Kemaen oil industry. Kan dah Zee Avi nak nyanyi lagu Kantoi kat kau. Untuk bagitau courses yang kau ambik dengan experience kau, kau boleh sembang dalam cover letter okay.

4. Perkara Lain Selain Personal Details

Aku rasa apa yang penting dalam resume kau selain personal details adalah WORK EXPERIENCE, EDUCATION, AWARDS AND ACHIEVEMENT, SKILLS AND STRENGTH, EXTRA CURRICULAR ACTIVITIES, AND REFERENCE. Ada semua benda ni dah cukup. Extra curriculur tu kau amek je yang latest. Contoh kau budak degree, kau amek la dari Diploma. Agak agak time SPM kau penah menang lumba lari 4000 meter kategori kebangsaan, kau letak la sekali. Sebab KEBANGSAAN tu macam kena highlighted untuk promote diri kau. Contoh kau adalah terlalu aktif gila masa dekat U dulu, letak achievement korang yang paling gempak macam PRESIDENT, SECRETARY, AJK. Kecuali, kalau kau memang tak penah jadi president ke AJK ke ape, kau letak la kau ahli biasa. Sian pulak takkan nak biar extra koko kau kosong yedok. Tapi kalau setakat wakil kelas dapat nombor 17, tak payah nak letak la weh. Pertandingan nasyid masa tadika pun kau tak payah letak. Tu yang buat resume kau jadi 600 page, tahu.



5. Gambar Dalam Resume

Oh yessss lagi satu, tolong la gambar resume korang elok sket. Ada dulu aku tengok, kemaen gambar posing kat food court jusco pun ada, amboi mak enon. Mulut muncung sket, kepala lentok. Humang ai, tak formal. Susah apa kau nak pegi kedai gambar jap amek gambar? Tak pun kalau dah bakhil sangat taknak bayar kat kedai gambar, kau cari la background warne biru tangkap muka kau pakai handphone pakai kot sekilo dua, baru la smart sket resume kau.




DANNNNNNNNN semua sijil sijil kau, tak payah include dalam resume alamak berapa kali aku nak jadi mak tiri marah marah ni? Aku tau kau gelodak nak tunjuk sijil pemenang lompat kijang kau kat orang, tapi kau dah boleh sabar tunggu majikan call kau interview. Itu jam kau bawak la semua sijil kau. Nak bawak 50 file pun takpe. Tu pun kalau majikan larat nak tengok. Make sure sijil SPM paling depan, di ikuti dengan Degree dan Diploma kau. Baru PMR, MUET dan sijil sijil kau yang lain. So people, MAKE SURE RESUME ANDA ADALAH 2-3 PAGE SAHAJA, TAK PAYAH LEBIH DARI TU. Kbai.









You May Also Like

0 Comments

Total Pageviews