Turun terus semangat aku dah nak update blog cerita-cerita pasal 2012 lepas tengok gambar ni.
Semoga 2013 kita dilimpahi kesyukuran, biar lemas dalam diri pun tak apa. Moga mati 'lemas' dalam redha.
Pertama sekali, ini cerita puasa 2011 aku.
___
Awal bulan 7 aku dapat kerja di Intelek. Which is tengah-tengah KLCC, yang bila nak naik bus dari Ampang, macam 4000 jam nak kena redah jammed, betul-betul mencabar tahap kewanitaan aku yang begitu sabar ini. Hari-hari sampai rumah pukul 9 malam hasil dari keberanakan kereta di atas jalan. Keluar ofis pukul 7.30, naik bus dah la kena tunggu sejam sekali, melepet sorang-sorang duduk depan Ampang Park.
Bila bulan 8 tu puasa, mulalah syok sendiri ingatkan bulan puasa boleh balik awal. Perghhhhh, ilusi rupanya. Kepala hotak aku dapat balik awal. Sama dengan je hari-hari balik 7 lebih. In fact, ada pernah aku buka puasa kat ofis beberapa kali minum air masak je. Bila dah naik bas lupa nak beli makanan kan cerdik betul perangai. Apa lagi, hanya nganga la tengok orang kiri kanan depan belakang pegi bising-bising bukak plastik roti dengan makanan. Driver bus siap tonggang air lagi depan aku. Rasa-rasa jugak aku nak pegi azan kat telinga driver tu supaya ada sedikit rasa kehormatan kat aku yang tak ada makanan berbuka ni.
__
Kedua, tahun 2012 ni aku dah tak nak ask for more. Cukup la dengan apa yang aku dapat dah terlalu too good to be true. It's good to be in my hometown. Aku dah cakap banyak kali kat kepala sendiri, tak kesah busuk macam mana pun pengalaman kau, yang paling busuk tu la nanti untuk kau kutip jadikan satu buku apresiasi dalam selok belok jalan menuju monopos kau. Satu sarapan enak di hari tua untuk kau hidang pada cucu-cucu ;
"Nenek dulu muda-muda banyak sangat belajar hidup susah. Ni cucu-cucu, kalau muda-muda tau nak hidup senang je tak reti nak usaha, nenek lempang sekor-sekor. "
Amboi, garangnya nenek.
____
Ketiga sekali,
Selamat menyambut Ramadhan kepada semua. Sehina-hina serendah-rendah hati manusia aku ini, nak menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua kalau ada aku terkasar bahasa. Sebab yelah, menjadi aku yang kadang-kadang blur ni boleh jadi lupa nak jaga hati orang. Sengaja dan tidak sengaja, ambil ni semua infiniti permohanan kemaafan ikhlas dari aku. Dan aku maafkan kalian untuk benda yang sama. Semoga kita semua diberkati. Semoga puasa kali ini ada erti.
Assalammualaikum.
A : Hello saya buat panggilan dari Jabatan Operasi Cukai Antarabangsa. Haritu pihak Cik ada buat permohonan untuk jemput seorang penceramah dari Jabatan kami untuk beri taklimat di Jabatan Cik kan?
Jamilah : Ya betul. Pada 5 Julai ni.
A : Saya nak tanya tentang penginapan penceramah, adakah peruntukan akan di beri oleh Jabatan Cik kepada penceramah atau perlu di tanggung oleh Jabatan kami?
Jamilah : Maaf ya puan. Saya tak pasti tentang taklimat ni sebab saya bukan pegawai yang uruskan taklimat ni. Saya akan cuba minta pengesahan dari pegawai teknikal saya dan hubungi puan lepas ni. Boleh saya dapatkan extension puan?
A : 23222.
Jamilah : Okay, terima kasih. Nama Puan?
A : Encik Silva.
Aku sering beranggapan menjadi seseorang di dalam kelompok baru bakal di benci sesiapa. Bakal tidak disukai sesiapa. Bakal mendatangkan bala. Bakal menampakkan kebodohan aku, ketidak matangan aku dari segala aspek, yes, orang tidak matang ini sedang bercerita mengenai aspek kau tahu?
I just dont get it how people boleh rasa over confident dengan diri sendiri yang yeaa semua orang suka aku, kau ada? Sebab aku tak rasa macam tu. Sebab aku ada satu rasa this stupid inferior feelings macam alamak susah nak eksplen rasa dia macam mana, yang terlalu takut orang tak suka kan aku. Terlalu fikirkan apa orang fikir pasal aku.
Ini lah yang di panggil malapetaka yang mana manusia tak lepas dari mahukan perasaan bangga mahu dipuji, mahu di suka, mahu di puja setiap masa. Susah kalau asyik fikir kan orang. Fikirkan hati orang. Fikirkan jaga hati orang. Sebab nanti lama-lama aku syak, sendiri boleh jadi gila.
Gila sebab asyik fikir macam mana cuba puaskan hati semua orang. Idea paling bodoh setakat ni. Tak mungkin semua orang akan puas hati. Melainkan kau adalah ferrero rocher yang sedap gila babun. Weh, siapa nak tolak kalau dapat? Coklat mahal woooo.