Itinerary Ke Pulau Kenawa, Lombok

by - November 24, 2018



Hi korang! Assalammualaikum. Yes, post yang agak outdated, dah pergi Lombok tahun lepas tapi baru tahun ni nak update pasal Lombok. Haha.

Untuk post ni, aku hanya akan update pasal Pulau Kenawa dulu. Masa first decided untuk masukkan Pulau Kenawa dalam itinerary, kawan aku (Aishah) agak skeptical dan tanya, betul ke nak pergi? Best ke? Dalam itinerary orang jarang masuk tau Pulau Kenawa ni.

Aku tunjuk dia gambar ni :


Okay kalau lah masa datang haritu dah ada drone mesti best gilaaa dapat tangkap gambar macam ni! This one I took from Google dan yes, this is PULAU KENAWA FAHAM TAK CANTIK GILA. Maka aku telah cekalkan iman, tetapkan dadaku, yes, WE ARE GOING TO PULAU KENAWA NO MATTER WHAT HAPPENS!

Itinerary dan Perjalanan 

Berdasarkan itinerary, Pulau Kenawa adalah dalam hari kedua. Kalau nak pergi sini, memang kena pergi sehari tau. Dan  kalau aku diberi pilihan nak datang lagi, aku hanya nak pergi Pulau Kenawa je aku taknak pergi tempat lain. This place is a germ, masa kitorang datang sini, ada satu couple tourist, dan kitorang je dari Malaysia. Yang lain semua local tu pun tak ramai, boleh kira dengan jari. Pastu ada lah gerai  dalam 2 je rasanya, untuk masakkan kat orang yang datang Pulau Kenawa.

Tetapi, nak pergi Pulau Kenawa haruslah berada di dalam kesabaran dan kesantunan yang tinggi sebab WEH JAUH GILA kau memang kena menulusuri jalan, ombak, pantai, baru sampai. Approximately the journey before we reach here in Pulau Kenawa was 5 hours in total. 2 jam perjalanan Senggigi - Kayangan Jeti , 2 jam feri  dan 1 jam bot ke Sumbawa - Kenawa. Masa naik feri, hanya lah kami sahaja tourist, yang lain semua local. Pastu kawan aku dah menggelabah WEH BETUL KE NI BETUL KE NI, alaaaaa percaya je lah cakap aku please! This journey is all worth it! 

Dalam Feri dan Bot 

Okay, aku tunjuk kat korang dulu suasana dalam Feri tau. Bagi aku, selesa. Tak macam apa yang aku gambarkan masa mula-mula. Aku ingatkan feri ni macam bersifat seram, kayu dah nak terbelah, tempat duduk open, dan tah-tah takde tempat duduk! 



Ni masa kat dalam feri. Ada dua ruang. Satu ruang terbuka (bau rokok memang kuat), tapi kalau kau rasa nak ambil angin sambil tengok laut boleh la pergi kat luar. Kat luar pun tempat dia selesa tau, ada tv lagi. Makanan pun ada orang jual, so memang jauh la dari apa yang aku bayangkan. 
Gambar takde pulak, nanti kat bawah aku akan letak video the whole trip okay! 

Gambar ni kitorang duduk kat belah dalam yang ada aircond, ada sofa, ada kerusi. Selesa lah, cuma kalau kau lambat masuk, melepas lah nak duduk atas sofa. Betahan lah kau duduk pakai sebelah bontot je kat sofa yang pakcik sebelah tidur lena berdengkur-dengkur, tak bagi can langsung. 




Mana yang tak dapat duduk kat kerusi dan sofa, semua akan duduk lantai macam ni. Pastu ada la orang datang meniaga macam-macam. Masa ni aku tak tergoda nak beli apa-apa. Cuma part aiskrim je, orang tu offer , aku cakap taknak. Sekali dia pergi tanya Aqilah, nak aiskrim tak? PASTILAH AQILAH CAKAP NAK. Terus pulak dia hulur aiskrim tu ke Aqilah, dan Aqilah ambil -___- 
TERPAKSA BAYAR WEI. CERDIK KEPALAHOTAK DIA MENIAGA.


Ni lah feri dia. Cantik, luar dalam. Selesa. Cuma tu lah. Kematu weh duduk dalam tu almost 2 hours. 


 Dah naik bot



YEY nak sampai dah! 


Dah sampai ! 

This is Pulau Kenawa
What To Expect?


SubhanAllah crystal clear. Air dia bersih, sejuk yang amat. Aku bayangkan sekarang dengan penuh rasa rindu, sangat-sangat rindu. Tempat dia masa ni memang masih takde orang, dan sangat bersih. 

Aku bukannya suka mandi laut, so aku tak bother untuk bawak baju mandi. Tapi yang lain semua bawak nak spare dan aku dengan angkuh sekali cakap yang aku takkan mandi! 

Tapi bila dah tengok laut dia, Allahuakbar cantik sangat TERUS LOMPAT MASUK LAUT OKAY BALIK KANG NAK PAKAI BAJU APA T_____________T

Akhirnya aku balik dengan baju luar dan dalam yang basah, aku berdiri sepanjang dalam feri on the way balik sebab tak selesa. Bertabah gila weh HAHA. 

Kalau mana yang nak mandi, dont worry, ada bilik air disediakan lepas mandi laut untuk salin baju, kedai makan pun ada, dia masakkan ikan bakar fresh-fresh makan dengan nasik.

SYURGA DUNIA 



Sorry lah kalau aku exaggerate, tapi sebab aku suka laut dan this is the best one Ive ever been. Aku rasa takde lagi yang dapat challenge Pulau Kenawa, even I rate Redang as second. Pulau Kenawa is number 1. 

Pulau dan Bukit Kenawa 

Selama ni aku tengok orang post je. Kali ni dapat tengok depan mata. Speechless sangat. 
Masa kitorang nak naik bukit tu, takde orang. We are the only tourist. Actually korang boleh tau bawak khemah dan tidur kat sini. Tapi sebab kami ada Aqilah, susah sikit. 
Aku rasa macam next time nak repeat dan nak tidur kat sini aduh heavennya! 








Untuk view ni, korang kena naik bukit Kenawa sampai puncak. Hence, the view! 


Masa trip ni Aqilah sangat lah behave. Langsung tak merungut penat. Dia siap sama-sama naik bukit dengan kitorang masa ni. Adventure sangat Aqilah sejak dari kecik. Alhamdulillah selama ni kalau trip overseas, Aqilah sangat seronok dan sangat behave. 

Okay. 
Aku letak sekali link Video Lombok yang aku dah buat masa last year. 
Awal video semuanya yang kat Pulau Kenawa tau. 

Video Trip Ke Lombok 
Ni Itinerary Pulau Kenawa dan Lombok secara overall aku sempat screenshot

Klik gambar to enlarge!

Supir sepanjang trip ni adalah Pak Inggah. 5 star service. Sangat-sangat helpful dan best! 
Ni Facebook Pak Inggah dan 
ni nombor telefon  : +62 819 15930156
So yes, kalau tanya aku, bila nak pergi Lombok - Pulau Kenawa wajib masuk dalam list tau! 
Bye.

You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews