Review Filem Operasi X - Filem Terbaik 2018 (Sambil Aqilah Duduk Sebelah Main Slime)

by - November 10, 2018


Hi Korang! 
Hah, weekend ni baru sempat nak settlekan hutang yang aku janji haritu. 
Aku nak review filem terbaru tahun 2018, Operasi X. 

Incase lah kalau korang rindu kat aku, mari aku belanja gambar seketul 


Okay aku jarang gila upload gambar kasi sampai size XL. Selalu setting size Small je. Tapi disebabkan betapa nak tunjuk aku beli tiket wayang Operasi X lihat lah dunia, aku menyokong filem tempatan tahu. Semangat kebangsaan. Aku lah nadi negara, siapa lah industri perfileman tanpa insan seperti aku? Tiber. 

Jap iklan. 






Sebena sambil aku menaip review ni, Aqilah tengah main slime kat tepi. Pastu seminit sekali asyik tanya, Mummy okay tak camni? Mummy cuba rasa, Mummy apa pendapat Mummy? Mummy hebat kan? *tunjuk slime* WEH MACAM MANA NAK TULIS DAN MENGHAYATI NI HUAHUAHUA. 

Salah satu reason kenapa dah jarang sangat blog sebab I have this little princess who needs attention, okay Aqilah sila bersabar bagi Mummy setengah jam je to finish this review nanti kita main slime sama-sama tau! 


Baiklah, sambung Review Filem Operasi X, ayuh! 



Amende muka aku lagi selambak ha. Tengok husband kita tak nyabor nak tengok jugak, Aqilah tu apahal tak in character cuba pandang kamera betul-betul! 

Kitorang sampai paling awal, belakang masih kosong, beli popcorn satu bekas, belum start cerita dah habis separuh apo. 

Baiklah, kembali ke topik. 

Berapa bintang nak bagi Filem Operasi X ni? 


Overall untuk filem ni, aku bagi 4 bintang. Sebab bagi aku, cerita ni bukan setakat main gaduh-gaduh, tembak-tembak, tapi sarat dengan nilai kekeluargaan, persahabatan, suspen, dan part paling tak sangka, KELAKAR HABIS. 

Watak 

Watak utama dalam cerita ni semestinyalah Aaron Aziz (ASP Redzuan) dan Awie (Belut). 
Aku agak frust sebab watak Mat Bong (Amerul Affendi) sikit sangat masa awal cerita je. Sebab Amirul Affendi ni serious best gila kot berlakon tapi kenapa scene dia sikit sangat warghhhhh. 

Operasi X ni adalah sebenarnya nama Operasi yang Redzuan tubuhkan untuk lumpuhkan pergerakan Belut, sebagai Raja Penyeludupan. So dalam Operasi X ni, setiap orang adalah kelebihan tersendiri iaitu Janggut (hackers phone/ internet/komputer), Pablo (Smasher), Nash (Spy) dan Ali Mat (Pembawak kereta terhebat). So kira diorang ni melengkapi each other lah, dan memasing ada perangai, paling perangai sekali si Janggut sebab kelakar dan bersahaja! 



Macam mana dengan flow cerita? 

Masa permulaan cerita memang dah neves. Sebab start dengan plot cerita macam mana Mat Bong mati kena tembak. Lepas tu, banyak flashback dan honestly, part ni agak slow. Sebab dah start dengan bab cinta-cinta sikit. 

Cuma kat sini, bagi aku agak sentimental. Sebab sesamseng Belut, tapi sangat lah sayang kat adik dia, Mat Bong. Bayangkanlah, adik beradik samseng, tapi dalam purse letak gambar passport adik beradik alahai so sweet! Sejak kematian Mat Bong yang Belut lagi marah dan naik sheikh, sebab dia ingkatkan Polis yang sebabkan kematian Mat Bong, tapi sebenarnya --- Okay, ini part paling best korang kena tengok sebab nanti korang akan terkejut apa yang jadi sebenarnya! 


Mat Bong 


Apa Yang Paling Kelakar? 

Belut dalam cerita ni kelakar sangat. Pegang watak jahat, tapi banyak dialog yang satu wayang berdekah-dekah gelak. 

Contohnya paling aku ingat, boleh pulak si Belut ni call radio pastu main tuju lagu? 

Dan part Belut meminati Awie (yes ada satu scene Belut datang tengok showcase Awie), padahal orang yang sama, dan dia cakap 'Aku suka mamat ni, dia poyo!' 



Awie sebenar pun ada dalam Filem ni HAHA. 

Babak Aksi 

Untuk babak aksi, yang paling hidung aku kembang kempis masa towards the end, pergaduhan kat feri. Mendebarkan sebab masa bergaduh tembak-tembak tu ada orang awam. Masa ni fikiran aku sangat terjejas sebab aku letakkan diri aku sebagai orang awam. WEH GILA SERAM KALAU KAU SEDANG NAIK FERI NAK PEGI LANGKAWI TETIBA ADA ORANG JAHAT MAIN TEMBAK-TEMBAK DALAM FERI MANA KAU NAK LARI HAHHHHH!? 


Part Hairul Azreen (Pablo) dari kereta nak naik trailer pun best sebab Hairul Azreen memang power bab stunt, perghhhh bergerak-gerak kaki aku nak ekjas masuk sekali dalam trailer tu OMG feeling teruk. HAHAHA. 


Pablo dan Ali Mat

Overall 

Keseluruhannya, aku boleh cakap, Filem Operasi X arahan Sandosh Kesavan terbitan Dream Pictures Production ni adalah one of Filem Terbaik Tahun 2018 yang wajib korang tengok. 
Gabungan antara Aaron Aziz dan Awie memang tak menghampakan. Dan ni aku rasa first watak awie yang berwajah sombong, tapi kelakar. Kena tengok sangat sebab watak dia menjadi. (Masih terbayang bila Belut cakap, 'Aku nak berak pun nak ikot!') Hadoiiii! HAHA. 

Walaupun CGI filem ni boleh improve lagi , tapi aku rasa kelebihan lain tak patut lah diletakkan bawah 1 kelemahan kan. Cerita ni tak heavy dan santai je. Dan aku rasa, kalau ada Operasi X II, maybe boleh tekankan lagi watak-watak macam janggut, Mat Ali dan Nash. Sebab dalam cerita ni, aku rasa skill dorang tak betul-betul dinampakkan kecuali Pablo lah. 

Apapun, semua nilai yang cuba disampaikan dalam Filem Operasi X ni sangat jelas, spashly part persahabatan. 

Mulianya bila persahabatan dihargai, tapi pedihnya bila kepercayaan dicemari. 
Haaaaaaa SASPEN TAKKKK! 

Jom tengok Filem Operasi X sekarang guys! 





You May Also Like

1 Comments

Jom komen.

Total Pageviews