Review Makan Sedap Di Sungai Besi | Indobowl Cafe

by - December 16, 2018



Hai korang! Hah akhirnya terupdate jua blog aku harini. Minggu lepas sebenarnya minggu demam. Tak larat nak angkat badan sampai nak keluar pergi klinik pun tak mampu. Alhamdulillah after few days dah okay. Kuatkan jugak diri sebab kena kerja dan ada tanggungjawab nak buat kat office. Syukur Allah mudahkan. 

Okay, kita sebena nak review pasal makan kat Indobowl haritu kan. Maka ayuh kita mulakan! 

Sekiranya korang adalah die hard fan sejenis makanan bernama IndoMie, ini adalah definitely your place untuk tinggal. Haha. Duduk la kau kat sini 24 jam ngadap IndoMie kau dalam pelbagai masakan sehingga lebam dan kembong! Beside makanan berunsurkan IndoMie, ada je makanan base nasi, pun SEDAP jugak omaigod apani teringat-ringat please. 

Lokasi dan interior 


Masa ni acah-acah nak candid tapi kenapa macam makcik assalammualaikum je. Cuba Wawa Zainal berpakaian begini pasti mendapat sanjungan tapi Norhanarosmida begini marilah lempang beramai-ramai. 

Masih dedor demam jugak sebenarnya AH ALASAN 


Masa ni tengah fikir boleh ke padam pastu nak tulis please visit my ig I membeli duit syiling lama dan baru   I la orang yang sering menghantui hidup you HAHAHAHA 

 

One thing aku suka kedai ni, dia ada banyak quotes. Jika kau seorang yang sentiasa murung marilah ke sini untuk menghilangkan keresahan lalu kita nyanyi lagu bila resahhh ingat saat indah okay siapa nyanyi lagu ni eh? Makcik lupa. 


A gitu. 

Alamat kedai ni di :
IndoBowl 
Lake Fields72 Jalan Tasik Utama 7,Lake Fields, 
Sg Besi57000 Kuala Lumpur 

Korang jangan salah indobowl tau sebab dalam waze ada 2. Satu yang kat Subang Jaya. Satu kat Sg Besi. Yang aku pegi ni kat Sg Besi. 

Menu Disediakan 



Wah banyaknya kau order perut macam kayu leper saja tapi makan serupa godang




Nasi goreng gila ni kegemaran aku. Portion besar silakan makan berdua bagi menyedari kehidupan ni bukan nak kasi kau makan seorang je

Nasi dia memang berasa bukan nasi goreng cincai tau I bagi seribu bintang di langit 



Indomie Iga 



IndoMie Cheese Chicken Chop
Nampak macam tidak kena sahaja tapi mampos sedap licin laki aku makan



IndoMie Salted chicken punnn sedap 





Ropang keju 




Air soda gembira dan cendul haaa aku suka cendul ke cendol WOI EJA PUN TAK RETI 







Okay ini menu dan harga pilihlah. Aku belanja kau bayar 



Thanks En Syafiq owner Indobowl for the hospitality we will surely come again later! 

*HUDAAA BANGUN HUDAAAA*
Huda kenyang sangat sampai tertidur

Kitorang dapat baucer tau hah rapat rapat siapa nak makan Indobowl aku belanja? *pelawaan serius*



Wahhhh Indomie pelbagai generasi! 

Overall rating 

Bagi aku overall 4 bintang. Aku tak suka sangat indomie tapi nasi kat sini memang sedap jugak dan puas makan. 

Pada peminat indomie, silalah berkemah di sini kerana inilah syurgmu untuk makan indomie sehingga gemuk dan awesome. 

So kalau weekend ni korang taktau makan mana, ayuh! Gerakkan kaki dan start engine kereta muuuuuu. 

Bye! 


You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews