Makan Sedap Di Rasta TTDI : Waroeng Isabella (Kedai Nabila Huda Dan Suami)

by - January 12, 2019



Hi korang! Bertemu lagi kita di tahun baru 2019. Kehkeh. Berapa lama tak update blog. Ada lagi 2 hutang review makan nak update tapi belum berkesempatan. Hah kau apa azam tahun baru? Aku punya azam adalah untuk memastikan aku menyayangi diriku lebih dari orang lain. Nampak tak, istimewa sangat azam kita. Very self concious. Selama ni aku menyedari aku tidak sayang kepada diri, selalu rasa aku tak worth it. Tapi rupanya itu hanya syaitan. Your body will work like how you think and feel. Apa kau rasa itu kau, itu lah kau. 

Wah ni cerita motivasi mingguan wanita ke. 

Baik kembali ke studio. 



Waroeng Isabella. 

Okay aku tau pasal kedai ni sebab tengok Instagram Nabila Huda. Kedai ni owned by dia dan suami. Sebenarnya aku bukan lah minat nak pegi kedai makan artis sangat, cuma sebab menu dia menambat hati je. Aku suka sangat makan ayam bakar taliwang, tapi yang paling sedap masa kitorang pegi Bali 3 years ago. MASA KAT BALI TU, AYAM TALIWANGAN TU SEDAP GILA WEH TAMBAH NASI 4 kali. So nampak je kedai jual ayam taliwang memang aku nak try, kot lah sama macam kat Bali aku makan haritu. 

Untuk datang sini, korang waze je Rasta TTDI. Sampai lah. Sebab Waroeng Isabella ni kat dalam food court. 

Masa ni beratur je 40 minit sis. Belum tunggu makanan. So total kehilangan masa almost 2 hours baru dapat makan. Maybe sebab kitorang datang masa peak hours around 2.30 camtu. Tak payah la datang time ni berdarah idong sementara tunggu nak makan. Kalau kau datang memang kelaparan, aku khuatir kau terpaksa makan meja sementara makanan sampai. 

Lagi satu, tak payah nak pakai baju sewa butik pengantin disertai makeup persis Elfira Loy. Kau beratur tu penuh dengan asap sebab ayam tu dorang bakar dan asap berterbangan menyelinap ke hidung dan hati. 

Sekian tips ringkas. 


Amboi suami ku dari jauh macam Sanjay Dave. 


Tunggu Abi kemaen lama kau tengok hidung pun berpeluh macam beratur sama 😂


Masa ni Aqilah tengah lukis Mummy Princess katanya. Tengok ropol dress Mummy dah macam ropol kek je wei



Selepas 2 jam ziz



Merecik hawau. Ayam bakar taliwang



Gurami Terbang

IKAN DIA SEDAP MANIS FRESH GILA OMG SEDAP PLEASE

Aku pernah order menu sama masa makan kat KLCC restoren Indo Cuisin TAK SEDAP 


Nasi dia memang sprinkle ngan kicap manis kahkahkah sprinkle kateko 



Hero yang beratur dan sampai-sampai meja berbau hasap 




Licin ziz


Berapa Star Nak Bagi? 

Okay overall aku bagi 8 out 10. 
Part beratur tu memang seksa. Pastikan kau bukan datang dengan kelaparan nyata. Sebab 2 jam tunggu mampos kau gigit jari cium ketiak sendiri je lah cerita dia. 

Nasib baik makanan dah sampai, berbaloi. 
Sedap. Cuma kalau tanya ada kelainan tak dengan kedai lain konsep sama? 
Bagi aku takde. Sama je. 
Percentage untuk repeat maybe tak. 
Tapi kalau mengandung tiba-tiba teringin apa salahnya. 

Servis dan Layanan? 

Yang serve kat depan adalah suami Nabila Huda sendiri. MasyaAllah senyum dan gelak je. 

Masa beratur tu bukan terus dapat makan ye. Beratur hanya ambik order dulu. Lepas tu duduk, dorang akan panggil nama ikot nombor giliran. 

——-

Masa aku nak balik around 4 petang, dah kosong. So maybe kalau korang nak pegi, pegi time tu lah. Sebab Waroeng Isabella bukak sampai malam / sampai ayam habis mana lebih cepat? 

Tapi aku ada baca latest post Nabila Huda dia kata ayam habis, akan restock. 

So korang boleh la pergi try dan share sket review kat sini! 

Bye


You May Also Like

0 Comments

Jom komen.

Total Pageviews